Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Monday, October 24, 2011

..:: Rahsia Disebalik Ucapan Lailahaillalah ::..

Assalamualaikum....arini entry copy paste je dr group mahligaiku..kira aci la kan...

Sharing is Caring rite...jom layan...



Ucapan Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya  yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.  Maka burung  hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung  tadi dibawah  Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi  oleh mereka.  Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.


Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat  "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan  dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga  terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini".  Berkata  malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".  Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.


Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan  memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.  Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak terlepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah  maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha  Pengasih lagi Maha Penyayang.


p/s, Sampaikan walaupun satu ayat, even x sure sahih ke tak..tp disebabkan benda baik..so kita sesama share ok...MARI KITA BYKKAN PUJI2 ALLAH....

No comments:

try

click tau