Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Tuesday, December 16, 2014

..: Berniaga Itukan Sunnah Rasullullah ::..

Alhamdulillah...

Tarikh mula berniqab : 28 Julai 2014



Dah hampir 5 bulan lebih berhijrah dari segi pemakaian dan berniqab serta sedang mendidik hati untuk berhijrah secara total...

Walaupun byk kepayahan terutamanya untuk menundukkan nafsu...adakalanya aku kalah juga...Astaghfirullahalazim...Moga Allah ampunkan....menarik ttg penghijrahan ni ialah hati rasa tenang dan bahagia...sekurang2 nya aku cuba yang terbaik utk melaksanakan perintah Allah untuk memelihara aurat ku dengan sempurna...Moga Allah terima segalanya....

Nak dilihat dari kehidupan dulu...tudung yang aku beli mostly yang jarang sbb senang bentuk....paras dada atau maybe lebih singkat....ntah ape tujuan menutup aurat mase dulu...hurmmm....skrg ni mana2 pergi je mesti mata melilau cr tudung2 labuh, yang lebih labuh lebih menarik...ALLAHUAKBAR....hebatnya perasaan ini....INDAH....

FYI aku dah lama tak bekerja di mana2 tempat secara fulltime, cuma part time kecil kecilan since berkahwin...itupun sbb ade internal problem dgn company lama...so byk spend time dgn hubby kat umah since hubby pun tgh ''rest'' dalam peralihan untuk berhenti dari NAVY ke civilian...rezeki smpai situ je...so redha...

At the same time ade gak apply mane2 keje di bidang kerajaan or swasta cuma satu benda yang agak menyedihkan...setiap kali interview aku terpaksa tanggalkan niqab untuk elakkan persepsi orang yang aku ni ekstrimist...most of non muslim still take it that way bila tgk wanita berniqab...sad...even though interview dengan jabatan kerajaan pun tak dibenarkan berniqab...

Selalu bermain dlm minda andai terlekat salah satu kerja,maka aku terpaksa melepaskan niqab aku pada waktu kerja dan honestly itu agak mengganggu  mindaku...bila dipikir2 balik macam tak sanggup nak on off niqab semata2 untuk memuaskan hati org lain...sbb aku perlukan pandangan Allah...slowly tadah tangan dekat Allah minta diberi petunjuk...jika bekerja makan gaji akan membawa aku jauh dari penghijrahan ini...maka jauhkan lah pekerjaan itu dan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik...setiap kali berdoa mesti aku gagal dlm interview...cuma ade reject satu jawatan sebagai Lecturer di sebuah kolej swasta kerana hal ini...tak dibenarkan berniqab...huhuhu...hati rasa sayu dan tolak tawaran itu..adakalanya sedih sbb pekerjaan yang baik tak memihak kepada aku...



Rupanya Allah merancang sesuatu yang lebih hebat utk aku....diberikan suami yang memahami dan suami mula merancang utk memulakan perniagaan bersama aku...mean is aku blh bekerja tanpa seliaan sesiapa...jadi second boss after him...curahkan segala ilmu yang aku belajar dulu dlm perniagaan kami...ohmagadddd....this is great...yang penting aku bebas berniqab dan dpt lebih masa untuk fokus pada keluarga...Alhamulillah....suami bersedia untuk menyediakan modal yang agak besar untuk kami berniaga...Allah Alllah...

Aku juga bahagia sbb suami akan selalu bersama aku coz tak sanggup nak lepaskan suami bekerja sebagai penyelam bebas dan terpaksa ke outstation berbulan lamanya...tak relaaa.....biar kami hidup sederhana sahaja...asal dpt membahagiakan kedua org tua kami...

ALLAH ALLAH ALLAH....hebat perancangan mu Ya Allah....walaupun masih trauma dengan kegagalan bisness ku yang lalu kerana kegagalan rumahtangga ku...aku mesti tekadkan hati dan percaya JANJI ALLAH ITU PASTI...REZEKI ADALAH HAK DIA...

Dan Rasulullah Junjungan kita juga berniaga malah 9/10 rezeki adalah datangnya dari perniagaan...jadi aku dan suami tetapkan hati utk mengikut sunnah Nabiku....pegang pada jani Allah...setiap manusia mempunyai rezekinya....segalanya datang tepat pada waktunya....sekarang fasa memulakan strategi...doakan kami ye...



Moga Allah Permudahkan....Rabbi Yassir Walla Tu Assir...Rabbi Tamim Bil Khoir.....






try

click tau