**Click Here**

Annur Humaira Bt Mohd Rafauzi

My Baby Growing

 BabyFetus Ticker

Our Anniversary

Friday, January 23, 2015

..:: Isteri Solehah??? Susah Juga Ye ::..

Assalamualaikum dan salam hormat...


Jumaat yang mulia, aku masih berada di kaunter bayaran kedai serbaneka suamiku untuk turut sama membantu suamiku mencari rezeki...tugas sebagai isteri selain di rumah, aku juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bisnes suami ku dalam pengurusan kewangan..

ALHAMDULILLAH...rezeki Allah luas even byk kata2 sinis yang aku terima, mempertikaikan kenapa aku menolak untuk bekerja semula di corporate sector...memandangkan aku mempunyai segulung Ijazah dalam bidang Komunikasi dan pengalaman dalam bidang itu...hurmmmm susah nak jawab ni....

Aku?? Ikutkan hati?? Yess aku teringin juga nak berpakaian formal setiap hari, berblaus dan berjaket kot ke office dengan kasut tumit tinggi, shawl yang dililit berfesyen, make up yang mengikut warna yang aku suka seperti selalu...sentiasa kelihatan menarik dan profesional ke office sebagai seorang Manager Business & Development...fuhhh mmg hebat dimata manusia....

Tapiii!!!! hati aku dah diikat oleh satu perasaan indah bila menukar secara total cara pemakaian aku....dan memilih utk berniqab, berjubah dan bertudung labuh...indah betul rasa dunia ini...indeed pemaikaian aku sdalah berbeza dengan kehendak  korporat yang ada dlm dunia aku kini....

Bila suami minta aku utk tidak bekerja dan membantu beliau di dalam urusan bisnesnya...mulanya aku rasa macam errrrrr...boleh ke???? Lastly aku rasa bahagia...sbb setiap masa ada disisi suami...blh masakkan makanan kesukaan dia hari2, jaga pakaian dia macam biasa dan yang paling best dia ade dpn mata aku sokmo....waktu bekerja BEBAS, ikut syok aku nak jaga kaunter ke tak...hahaha tapi gaji still jalan...hepppyyyyyy......

Yang paling membuatkan aku double best, aku bebas utk berniqab tanpa ade arahan dari pihak atasan utk tanggalkan niqab waktu bekerja, hahaha..sbb big boss aku adelah suami aku sendiri dan dia mmg galakkan aku utk berniqab...see hidup yang Allah rancangkan lebih indah dr yg kita impikan....

Hikmah disebalik segalanya ini, kedai suami terletak betul2 bersebelahan dengan surau, jadi suami dapat berjemaah selalu bila tiba waktu solat, sesuai dengan keinginan kami untuk mengejar akhirat disamping dunia...Moga Allah permudahkan

Nak jadi isteri solehah kekdahnya, nampak cam senang kan??? tp hakikatnya susahhhhh.....sbb syaitannirrajim ni slalu goda aku utk temper ntah hape2 kat suami aku...jahaaaattttnya kau syaitaaaannnnn.....so skrg aku amalkan utk sentiasa mohon ampun pada suami if aku terkasar bahasa ngan dia or terlebih terkurang....dan alhamdulillah suami semtiasa memaafkan dan aku beruntung dapat suami yang terlalu penyabar dan penyayang....

Kadang bila tgk suamiku tertidur keletihan, hati aku rasa sayu sgt...sbb suami sentiiasa ingin berikan yang terbaik utk aku....penat lelah dia kemaskan rumah utk keselesaan aku, alih2 aku marah2 sbb x puas hati..jahaatnya rasa....Bukan mudah rupanya nak jd wanita dambaan syurga lagi2 bila berdepan dengan suami...errrmmmmm mohon Allah ampuni aku dan meredhai kami suami isteri....

Saya nak jadi bidadari disamping abang...Moga Allah makbulkan doa kita utk hidup bersama sepanjang hayat dan berusaha utk bersama2 ke syurga Allah....Aminnnn

Rabbi Yassir Wallatu assir....Rabbi Tamim Bil Khair....

p/s - tak tau kenapa aku punya tajuk entry mesti tak tally ngan entry aku...hahahaha










try

click tau