Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Sunday, January 25, 2015

.. : Terkilan ::..

Assalamualaikum...

Dua tiga menjak ni mood aku up and down sket.....ade sebab musababnya yg ssh nak diceritakan...sbb manusia tak kan paham...

Tak pe lah yang penting Allah paham....Allah peduli....manusia nak keji...nak umpat....nak hina...nak wat andaian buruk...buatlah selagi mampu sbb aku maaf segalanya umpatan keji korang kat aku...cuma perhitungan dengan Allah, korang tanggunglah kemudian hari....

Aku memilih Allah...Rasulku lebih dr manusia lain...yg menjadi keutamaan aku utk dihormati sesama makhluk cuma suamiku...kedua ibu bapaku....ibu mertua ku...yang lain tak penting utk hdpku...cukup hanya Allah bagiku....

Kekecewaan ini hanya Allah je yg mengerti, sbb bila dikeji...diumpat dan dihina seolah2 aku ni syaitannirajim yang bertopengkan manusia...jahat sgt dimata kamu ye...segala yang aku buat, jahat sungguh dimata kamu...sedangkan hakikat hidup ini, aku yg rasai....suamiku turut merasai..perit untuk bangun semula...tp apa kan daya..


Manusia yang sentisa mencari kesalahan dan keburukan orang lain ibarat seekor lalat yg sentiasa mencari busuknya nanah, kerana itu yang dicari, sedangkan kita mampu utk menjadi seekor lebah yang sentiasa mencari kemanisan utk menghasilkan madu yang memberi seribu manfaat...

Tak mungkin aku menyembah kamu2 yang membenciku...membenci perubahan ku...benci lah selagi mampu...

Iya aku bkn manusia sempurna, aku punya dosa lalu...kisah hitam yang menghantuiku...punya zaman jahiliyah ku juga...tapi salahkah bila aku cuba berubah menjadi lebih baik dr dulu, mendekatkan diri dengan Penciptaku...bkn mahu menjadi malaikat, cukup sekadar menjadi yg lebih baik...

Aku sanjung tinggi cita2 suami ku, untuk memperbaiki keadaan ekonomi kami ke arah yg lebih baik supaya dia dpt melaksanakan tggjawabnya sebagai seorang anak kepada ibu mertuaku, sebagai seorang suami yang baik juga sebagai seorang bapa yang bertanggungjwb, malah aku menyokong dgn hati yang terbuka kerana suamiku seorang lelaki yang baik...sanggup menyokong dengan memberikan tambahan modal walaupun sedikit kepada suami kerana itu yang terbaik...sanggup juga membantu suamiku dengan tenaga ku sendiri sebagai isteri...demi memastikan suamiku menjadi manusia yang diredhai Allah..kesusahan beliau, aku yang rasai, turut sama berkongsi duka...

Tapi masih dipandang keji oleh sesetengah pihak lebih2 lagi niqab ku sentiasa menjadi sasaran mereka utk dikeji Allahurobbi, manusia apekah kamu2 ini.......

Oleh itu aku serahkan segalanya pada Allah..kerana Dia adalah penilai yang teragung...bkn manusia....Aku akan menjauhkan diri dari kamu2 semua yang kononnya sempurna....


Friday, January 23, 2015

..:: Isteri Solehah??? Susah Juga Ye ::..

Assalamualaikum dan salam hormat...


Jumaat yang mulia, aku masih berada di kaunter bayaran kedai serbaneka suamiku untuk turut sama membantu suamiku mencari rezeki...tugas sebagai isteri selain di rumah, aku juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bisnes suami ku dalam pengurusan kewangan..

ALHAMDULILLAH...rezeki Allah luas even byk kata2 sinis yang aku terima, mempertikaikan kenapa aku menolak untuk bekerja semula di corporate sector...memandangkan aku mempunyai segulung Ijazah dalam bidang Komunikasi dan pengalaman dalam bidang itu...hurmmmm susah nak jawab ni....

Aku?? Ikutkan hati?? Yess aku teringin juga nak berpakaian formal setiap hari, berblaus dan berjaket kot ke office dengan kasut tumit tinggi, shawl yang dililit berfesyen, make up yang mengikut warna yang aku suka seperti selalu...sentiasa kelihatan menarik dan profesional ke office sebagai seorang Manager Business & Development...fuhhh mmg hebat dimata manusia....

Tapiii!!!! hati aku dah diikat oleh satu perasaan indah bila menukar secara total cara pemakaian aku....dan memilih utk berniqab, berjubah dan bertudung labuh...indah betul rasa dunia ini...indeed pemaikaian aku sdalah berbeza dengan kehendak  korporat yang ada dlm dunia aku kini....

Bila suami minta aku utk tidak bekerja dan membantu beliau di dalam urusan bisnesnya...mulanya aku rasa macam errrrrr...boleh ke???? Lastly aku rasa bahagia...sbb setiap masa ada disisi suami...blh masakkan makanan kesukaan dia hari2, jaga pakaian dia macam biasa dan yang paling best dia ade dpn mata aku sokmo....waktu bekerja BEBAS, ikut syok aku nak jaga kaunter ke tak...hahaha tapi gaji still jalan...hepppyyyyyy......

Yang paling membuatkan aku double best, aku bebas utk berniqab tanpa ade arahan dari pihak atasan utk tanggalkan niqab waktu bekerja, hahaha..sbb big boss aku adelah suami aku sendiri dan dia mmg galakkan aku utk berniqab...see hidup yang Allah rancangkan lebih indah dr yg kita impikan....

Hikmah disebalik segalanya ini, kedai suami terletak betul2 bersebelahan dengan surau, jadi suami dapat berjemaah selalu bila tiba waktu solat, sesuai dengan keinginan kami untuk mengejar akhirat disamping dunia...Moga Allah permudahkan

Nak jadi isteri solehah kekdahnya, nampak cam senang kan??? tp hakikatnya susahhhhh.....sbb syaitannirrajim ni slalu goda aku utk temper ntah hape2 kat suami aku...jahaaaattttnya kau syaitaaaannnnn.....so skrg aku amalkan utk sentiasa mohon ampun pada suami if aku terkasar bahasa ngan dia or terlebih terkurang....dan alhamdulillah suami semtiasa memaafkan dan aku beruntung dapat suami yang terlalu penyabar dan penyayang....

Kadang bila tgk suamiku tertidur keletihan, hati aku rasa sayu sgt...sbb suami sentiiasa ingin berikan yang terbaik utk aku....penat lelah dia kemaskan rumah utk keselesaan aku, alih2 aku marah2 sbb x puas hati..jahaatnya rasa....Bukan mudah rupanya nak jd wanita dambaan syurga lagi2 bila berdepan dengan suami...errrmmmmm mohon Allah ampuni aku dan meredhai kami suami isteri....

Saya nak jadi bidadari disamping abang...Moga Allah makbulkan doa kita utk hidup bersama sepanjang hayat dan berusaha utk bersama2 ke syurga Allah....Aminnnn

Rabbi Yassir Wallatu assir....Rabbi Tamim Bil Khair....

p/s - tak tau kenapa aku punya tajuk entry mesti tak tally ngan entry aku...hahahaha










Thursday, January 1, 2015

..:: Selamat Pergi Tahun 2014 Yang Menyedihkan ::..

Assalamualaikum...

Ntah kenapa malam ni x dpt nak lelapkan mata...bukan tak mengantuk...tp pikiran jauh melayang...kenangkan segala yang berlaku tahun 2014 ni....kenang dan kenang...

Hati terkenang jauh teringatkan arwah kakak kesayangan ku yang pergi menghadap Ilahi pada 23 April 2014, sayu...sunyi...sedih....kecewa segalanya mencengkam hati ini di kala ini...dibening hampir subuh ni...

Hilang kasih syg seorang kakak terhadap aku....dia bukan hanya kakak ku...sahabat yang paling memahami....Allah Allah Allah...tempatkan rohnya dikalangan hambamu yang Kau kasihi....Aminnn...



Aku bersyukur mempunyai suami yang penyayang...yg aku kasihi dan benar2 rasa dihargai....juga masih punya kedua ibu bapa yg ku cintai....cuma jarak yang memisahkan kami...Ya Allah, panjangkan lah usia kedua ibu bapaku supaya mereka sempat merasa kebahagian ku Ya Allah dan agar aku dpt berbakti kpd mereka...syukur masih punya seorang abang dan adik...yang aku kasihi dan berharap mereka bahagia serta mengikut lunas2 Islam yg sejati...

Ari ni merupakan satu permulaan...mohon permulaan yang baik Ya Allah....lindungi semua yang aku kasihi Ya Allah....limpahi kami dgn rezeki yg diberkatiMu....Allah Allah Allah...sayangi kami Ya Allah...

Hidup tiada selamanya Indah...aku mengejar keindahan di "sana"...ingin beroleh rahmat Allah...bantu aku Ya Rahim...Ya Rahman.....Ya Latif....

try

click tau