Arini aku nak copy paste satu cite yg agak touching...maybe ade antara korang yg penah baca kisah ni n maybe yg x penah...copy dr group Chainz of Frenz kat email aku...teringat cite Pay It Forward...ermmm
Kisah segelas susu yang penuh pengajaran
Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim
bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke
sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan
keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi
jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat
memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut
bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar
saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya
dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat
mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda
yang berkenaan.
Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran,
walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran
pemuda tersebut.
Tahun
berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang
penyakit kronik.
Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa
oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor
dipanggil.
Sejurus
melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera
terkenang
saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak
bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan
kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan
meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan
yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan
gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini
bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada
doktor itu untuk
pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia
memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian
menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan
tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera,
iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis
tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian
dibeleknya,
ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si
gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar
bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila
si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
-Dr Howard Kelly-
—————————————
—————————————
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr
Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
p/s - moral of the story...bila kita niat nak membantu seseorang tu jgn la kita cuma nak kan balasan je..sbb setiap manusia adakalanya mmg sangat memerlukan bantuan tp x mampu utk menceritakan masalah sbnrnya...
3 comments:
I am not in a position to view this web site properly on firefox I think there's a problem.
Yep..pcl dah baca tp jln cita lain skit.
Dah 2 hari kat Sp..esk lps semayang raya, pcl ke Taiping my hometown..tp cuti sampai ahad masih d SP..salam aidiladha.
cite ni dah lama baca mcm2 version gak...tp br tergerak hati nak post kat sini bila ade member fb upload kat wall dia...
Post a Comment