Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Friday, February 20, 2015

..Resepi : Maggi Ketam Versi Sendiri :..

Assalamualaikum dan salam hormat...

Hari ini x nak merepek panjang...just nak abadikan resepi sendiri utk rujukan di masa akan datang InsyaAllah....


Kebetulan since dah pindah ke Shah Alam ni, aku pun join la page Shah Alam dekat FB kan utk rujukan or any info yang berkaitan...dan sejak dua tiga menjak ade org asyik share maggi ketam...eskrem pasu la...utk eskrem tu xde la aku tergoda sesangat pun...sbb eskrem lebih kurang je rasa dia even letak dalam pasu pun...tapi Maggi Ketammmmm.....sangat2 menggoda naluri ku...hahaha

Nak ajak Mr habibi pergi tempat makan tu mmg x de masa sokmo la kitorg...Habibi plak asyik sebut2 Meggi Ketam tu...ok so decide nak buat sendiri tp versi pedas....siap2 beli barang bagai...blk trs masak for our lunch by habibi requested...


RESEPI MAGGI KETAM

Bahan :

- 3 ekor ketam (bersihkan dalam dia dan cengkerang jangan dibuang utk hiasan)
- Maggi kari jenama ape pun ok
- Sotong (tak kisah la nak letak ape pun, ikut tekak sendiri)
- Sayur Sawi 
- Sos cili + tomato
- Kicap masin + manis
- Sos tiram
- Minyak bijan ( nak ganti minyak zaiton pun ok )
- garam/secukup rasa
- sedikit madu (utk kemanisan sket)

Bahan Kisar :

- cili kering 
- bawang merah dan bawang kecil
- bawang putih
- belacan skit ( x letak pun x pe )
- cili api ( tumbuk lg cun )


Kaedah : 

- Rebus dulu ketam + cengkerang smpai masak, lepas dah siap tos ketam dulu dan simpan air rebusan.
- lembutkan mee maggi dulu dan toskan, letak tepi dulu....(saya asingkan mee maggi dengan kuah smpai masa nak makan utk elakkan dia kembang )


- Tumis bahan kisar dulu smpai naik bau...masukkan semua jenis sos, kicap, minyak bijan, madu dan air rebusan ketam sehingga mendidih
- masukkan sotong dan batang sawi smpai agak2 masak, masukkan sawi dan perasakan, sy guna perencah maggi yang diberi dan campur sikit dgn secukup rasa.... tak letak garam....
- masak smpai mendidih dan masukkan ketam semula supaya isi ketam dapat meresap perasa2 kuah td....siap....

Hidangkan mee dan kuah berasingan. sebagai tambahan utk hiasan boleh potong daun bawang....

 Tadaa.... cengkerang tu dah rebus skali kan, so letak atas dia sebagai hiasan...


Saya buat cukup2 utk 2 org makan, dan habibi bg 4 bintang..hhihi
suke btl dia makan....

P/s - Alhamdulillah dapat juga melepaskan hajat kami berdua nak makan Maggi Ketam versi pedas...






Sunday, February 15, 2015

..:: Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Yang Disayangi ::..

Hari ini 15 Februari 2015....

Semalam 12 Februari 2015 jam 21.40 malam perginya mengadap Ilahi seorang Ulama yang tersohor dan disegani disetiap lapisan masyarakat di Malaysia khususnya dan dikenali serata dunia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...



Saat aku terima berita itu dari salah seorang jiranku Encik Zul (Former Staff TV3) yang tgh lepak depan kedai dgn suami aku, perasaan aku tetiba rasa sayu dan tak percaya (denial syndrome)..tapi bila berita Awani mengesahkan berita itu hatiku automatik digayut rasa pilu dengan tak semena mena, bukannya aku pernah jumpa face to face dgn beliau, tapi perasaan ssh aku nak gambarkan...

Bilamana aku tgk liputan berita Awani tiba2 air mata mengalir....sedih dan sayu kerana perginya seprang pemimpin dan Ulama tersohor yang memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini..sedih Ya Allah saat melihat wajah beliau di kaca TV...saat ni cuma terbayang kesedihan dan kasih saynag Allah terhadap beliau...perginya Alhamdulillah Khusnul Khotimah....pada malam Jumaat yang penuh berkah...Allah bertuahnya beliau....



Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).



Dan semua telah maklum....Ilmu akan ditarik dari dunia ini dengan kematian Ulama2...wallahuallam...



Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ؛ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً،
فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ‘ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]



Mood masih dalam keadaan sedih...walaupun perbezaan politik tidak bermakna kita harus membenci ulama seperti segelintir manusia yang gembira dgn kematian beliau sedangkan kita disajikan dengan kematian beliau dengan cara yang Husnul Khatimah..Moga pergiku dan seluruh ahli keluarga an rakan2 ku dalam Husnul Khatimah...Amin....
Moga Allah tempatkan beliau di kalangan org2 yang dikasihiNya...Amin....

try

click tau