Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Thursday, December 15, 2016

..::Ujian::..

Bismillah....

Moga2 tahun 2017 ni akan membuka seribu satu hikmah di atas setiap kedukaan yang aku alami...

Bila aku buka balik lembaran blog ni, baru aku sedar rupanya aku dah jarang sangat mengabadikan cerita aku kat page kesayangan aku ni..2016 cuma ade 3 post...termasuk yang ni, ade 4 post...adekah aku semakin tumpul atau injakkan umur yang membuatkan aku rasa macam blog ni dah tak penting...

Tak aku nafikan sejak arwah baby aku meninggal, jiwa aku pun kosong..seolah2 dibawa pergi sekali...sejak dari haritu pun 3 kali aku mengalami keguguran awal...ntah kenapa..mungkin takdir aku yang tertulis begitu...ape yang aku perasan hidup aku dilanda masalah yang tak berhenti2..bukan aku tak bersyukur dgn keadaan aku skrg cumanya aku tercari2 punca..kenapa aku jd mcamni...

Aku cuba berubat dengan Pengamal Perubatan Islam, yang pertama mengatakan aku disantau dan minta aku berubat...aku abaikan sebab aku jenis manusia yang sgt ssh nak percaya benda2 camni..walaupun aku sedar kesihatan aku makin merosot..bukan aku tak cuba ke hospital, tapi doktor asyik mengatakan aku dalam keadaan stress, depress...dan aku tak nak di deskripsikan ubatan lagi...

Suami tak putus asa, bawa aku pergi jumpa seorang lagi ustaz di Ulu Yam..kali ni aku kalah bila ustaz tu juga bgtau benda yang sama AKU DISANTAU dan dihantar sihir pemisah,sudah 3 tahun tanpa aku sedar...aku redha dan pasrah...kali ni aku nekad untuk berubat...aku nak kesihatan yang baik dan nak kan zuriat lagi...pengubatan kali pertama dah pun selesai, trauma sgt...tp sampai ari ni aku tak ulang pergi pun sedangkan aku ptt pergi 3 kali untuk merawat bisa2 santau...hihi..maybe next time kot...dan aku tak tau la kerja sape ni...apepun aku serahkan pada Allah Azza Wa Jal..

Seumur hidup aku, aku dengan lantang melawan benda2 khurafat ni...benda2 yang melibatkan akidah ni..biarlah dibenci sekalipun aku tak kisah..tapi akhirnya benda tu balik memakan diri, susah aku nak percayakan benda2 camni walaupun aku akui sihir tu wujud dalam dunia ni...

Disebabkan kelantangan aku membenteras gejala2 khurafat ni sejak remaja, aku diberi ujian oleh Allah yang melibatkan benda2 ni...aku diTUDUH MENJADI PENGAMAL SIHIR....aku macam what the hell???

Antara tuduhan yang aku dapat oleh pihak gila sana..aku ni ahli sihir...aku bomohkan laki...aku amalkan nasi kangkang...aku santau keluarga diorg...aku hantar segala macam jin kat sana, aku berzina dengan 3 laki depan mata laki aku..dan aku wajib dibunuh sbb dah syirik...dan macam2 tuduhan lain lagi..memang mengucap panjang aku...byk cara aku dah buat untuk buktikan aku TAK PERNAH DAN TAK AKAN terlibat dengan dunia khurafat ni sbb aku BENCIKAN dunia khurafat ni...tapi tindakan aku ibarat mencurah air di daun keladi..sekarang aku ambil keputusan untuk diam je la...lantak korang la nak tuduh ape pun...sebab aku masih berpegang kepada Hadis Nabi kat bawah...




See? so buat ape aku nak takut..aku bukan pihak yang menuduh tapi aku dipihak yang dituduh...ape2 je la asalkan korang bahagia...aku sentiasa maafkan korang yang tuduh2 aku....moga Allah beri keampunan dan hidayah dalam hati korang...juga kepada aku sbb aku pun manusia biasa...

Kemudian aku diuji dengan peluang untuk bekerja yang sngat masyukkk...kerja yang aku suka iaitu terlibat dengan dunia korporat...ramai yang desak aku untuk terima..termasuk family aku..TAPII....

Tapi aku terbelah bahagi, kalau aku memilih bekerja semula di sektor korporat bermaksud aku kena tukar semula imej aku...no more being Niqabis...dan aku sedar kalau aku tukar semula imej aku maka aku akan kembali sedikit demi sedikit abaikan soal aurat aku...sbb aku kenal hati aku...hati aku tak kental...

Yang menguatkan aku skrg untuk betul2 menutup aurat dengan betul adelah secebis kain kecil yang menutup wajah aku skrg...Ya Niqab / Purdah...asbab sekeping kain kecil itulah yang hukumnya TIDAK WAJIB...aku juga hanya pegang kepada ianya sekadar sunnah..

Asbab kain kecil itu la aku skrg menutup aurat dengan betul...termasuk kaki...jadinya sangat berat untuk aku membuka semula kain kecil itu sbb aku takut aku tergoda semula dengan kehidupan lama...takutttt...ibaratnya kain kecil itu menjadi tali atau benteng dalam pemakaian aku sekarang...aku sedar kalau kain itu dilucutkan dari imej aku terus..aku akan kembali ingin bergaya seperti dulu..berpakaian ketat..tudung senteng dan lebih kepada membalut aurat...aku sedar aku lemah sangat...jadinya aku minta suami memberikan pandangan...

Pada suami, dia mampu memberikan kesenangan pada aku..jadinya aku tak perlu bekerja pun..dia suka dengan imej aku sekarang..katanya ia mungkin menjadi asbab untuk aku dan dia kesyurga, mungkin aku bukan manusia sempurna imannya tapi usaha aku menjaga aurat kini menjadi asbab aku menjaga batas2 kehidupan aku..dia juga berat hati melepaskan aku bekerja kerana dia sedar aku akan kembali bersosial seperti dulu dan tentu2 ikhtilat aku tak terjaga...dan suami aku dah pun punya rancangan lain untuk kami...business plan yang baru khas untuk wanita seperti aku..tettt...pembayangnya adelah homemade product..soon..

so bila itu adalah pandangan beliau makanya keputusan diambil...aku akan kekal kan imej ni dan jd Pembantu Peribadi suami aku selagi hayat dikandung badan..InsyaAllah...doakan plan baru aku menjadi tau...bye..

Jazakallahu khairan khatira...

p/s - ni adalah entry penutup tahun 2016..hihi moga panjang umur berjumpa kembali...




















try

click tau