Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Thursday, November 12, 2015

..:: Part 2 - Tenanglah Wahai Puteriku Di Syurga Annur Humaira Bt Mohd Rafauzi ::..

Assalamualaikum....

Mood nak menulis semakin membuak2...mungkin kisah ini memberi kesan hebat dalam diriku..

kesinambungan kisah Part 1 ------ nak baca boleh klik -------> SINI

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 November 2015

Balik je dari UMRA hospital mmg mood aku dah kelaut sgt...suami mula call mak aku...mak mertua dan keluarga trdekat untuk maklumkan keadaan baby aku dah tiada....semua keluarga mmg terkejut sesangat...terutama mak abah aku...aku dpt kesan kesedihan mak abah aku sbb betapa mereka menunggu puteriku lahir yang sepatutnya jatuh pada bulan Februari 2016....tp perancangan Allah melebihi segalanya....time untuk brehat....aku dan suami tertidur di kusyen selepas dah seharian menangis dn memujuk hati sendiri....ntah kenapa aku masih merasakan pergerakan bayi aku...mungkin itu cuma perasaan aku yang cuba menidakkan kehilangan anak kami....ape yang aku rasa cuma nak menikmati detik2 akhir saat anak aku menghuni rahim ku sebelum dia terpaksa dikeluarkan....anak....ummi sgt bahagia dgn kehadiran mu sayang...kenapa kamu buat keputusan untuk tinggalkan ummi....saat ummi benar2 brharap kamu yang menyinari hidup ummi dan ayah...sambil pejamkan mata aku mengharapkan keajaiban dr Allah....moga esok ade sinar utk aku.....tidur malam ku smbil memeluk perut sendiri..seolah2 aku memeluk arwah anakku.....

3 November 2015

Dr Rafi dari UMRA call suami utk tanya khabar aku dan nak tau ape proses yang seterusnya....suami dan aku dan decide nak teruskan proses seterusnya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)...itupun aku pergi admit wad lewat malam sbb menunggu surat rujukan dari Hosp UMRA...kira-kira jam 11.30 malam baru kitorg smpai di PPUM dan aku terus kena buat check up...time tu suami disuruh tunggu di tingkat 2 selama 2 jam sementara Doktor nak buat pemeriksaan lanjut....

Saat tu macam2 yang aku harap...mungkin bila doktor scan semula..baby aku sedang menari2 di dalam....atau mungkin dia cuma keletiha...mcm2 yg aku harapkan...selesai soal siasat doktor mulakan scan dan akhirnya kata keramat itu pun keluar dr mulut doktor tu...." Maaf Puan, anak puan sah sudah meninggal dunia, harap Puan bertabah"......

Kering sudah air mata aku....walau aku cuba memujuk hati sendiri...terlantar seorang diri....1.30 pagi aku trs dimasukkan ke wad antenatal katil 58....Nurse menyuruhku berehat malam ini untuk menenangkan fikiran dan proses memasukkan ubat akan dilakukan keesokkan hari selepas penilaian pakar....10 minit kemudian suami ku dtg dgn beg barang2...berpelukan sebentar kami suami isteri sebelum suami aku diminta beredar....suami mencium ku dan perut ku dengan berat hati dan beredar....

Malam tu mungkin malam terakhir anakku akan bersama dengan tubuhku..aku masih terkebil2 di atas katil smbil berzikir kerana takut memikirkan keadaan yang bakal berlaku....masa sama pesakit katil sbelah tgh menahan sakit untuk bersalin....mesti dia bahagia sbb akan berjumpa dgn baby nya....

Sambil berzikir....linangan air mata dan sedikit ketakutan esok..akhirnya selepas solat subuh aku terlelap....sampai la jam 8 pagi nurse kejutkan aku untuk mandi dan breakfast....

4 November 2015

1.30 tghari...

Doktor dtg dengan doktor pakar...cek aku ape yang patut dan aku akan diinducekan selepas tiada bukaan lansung...ubat pertama dimasukkan...doktor minta aku untuk byk bertenang kerana  kemungkinan aku akan start sakit selepas sejam....

Suami pun smpai dengan mak mertua aku....kami cuma borak2 dulu dan aku mula rasa sedikit demi sedikit contraction...Doktor kata akan mula cek bukaan semula pada jam 4 ptg...

Habis waktu melawat suami dan ibu mertua turun ke bawah dan menunggu di surau sementara menunggu waktu melawat sesi petang...contraction semakin kuat dr masa ke semasa...nurse akan dtg tanya kan keadaan aku setiap setengah jam dan akhirnya kerana menahan sakit yang semakin kuat, aku mengalah dan meminta ubat tahan sakit....selepas diperiksa oleh doktor yang bertugas aku diberi ubat tahan sakit yang disuntik di punggung pada jam 4 ptg setelah pemeriksaan VE dilakukan...bukaan masih 0 walaupun dah hampir 3 jam berlalu selepas induce pertama..doktor ingin memasukkan ubat induce kedua tetapi memandangkan contraction aku dtg dalam 5 min selama 7 ke 8 kali, doktor pakar tidak membenarkan sebarang ubat induce dimasukkan lagi kerana mungkin akan mengakibatkan rahim ku pecah..jadi ubat tahan sakit pertama diberi...kesannya akan menyebabkan aku demam, mengantuk dan muntah2...10 min selepas ubat tahan sakit pertama aku muntah2 dan suhu badan naik mendadak...hampir demam...contraction masih lagi terasa tetapi kurang kesakitannya...

4.30 petang

Ibu mertua ku dan suami kembali lagi...kami berbual lagi tapi mataku dah hampir tertidur...15 min kemudian aku terus tertidur tp masih sedar keadaan sekeliling..aku masih nampak suamiku membeli kopi panas utk ibu mertuaku dan coklat panas utkku... adikku dari Sabah juga tiba bersama kawannya cuma aku masih tertidur walau aku sedar kehadiran mereka...contraction masih berlanjutan....ibu mertua ku juga tertidur di sebelahku sementara menunggu jam 7.30 malam....

Kesakitan ku berkurang bila suami ade disisi ku..seolah2 dia berkongsi rasa dengan ku... malangnya di PPUM tidak dibenarkan suami menemani isteri, aku pasrah dan tahu bahawa aku akan bertarung nyawa seorang diri untuk melahirkan zuriatku ini dalam keadaan yang tidak bernyawa...jam 8 malam nurse memberiku panadol kerana aku mula demam...

10.00 malam

aku dah terjaga dari tidur kan contraction semakin kuat, kesan ubat tahan sakit sudah hilang dan aku mula berasa hilang punca, aku memohon sekali lagi ubat tahan sakit kerana tak mampu menahan kesakitan di induce dan memohon kepada Allah semoga dipermudahkan aku untuk bersalin..perutku seolah2 hampir meletup dirasakan...Ya Allah aku hanya mampu berzikir La Ilahaillanata, subhanakainnikuntuminazzalimin....aku tak memperdulikan sebarang whats app, mesej dan panggilan dari sesiapa kerana kesakitan yang melampau...ubat tahan sakit kedua disuntik lagi..aku masih muntah2 dan demam, menggigil menahan sakit....suami aku dah pun balik kerana tidak dibenarkan menunggu...dan ibu mertuaku juga kelihatan letih kerana baru sampai dari Kuala Pilah..kesian ibu mertua ku....

5 November 2015

12.30 pagi

Contraction memuncak..aku asyik memanggil nurse sambil memberitahu aku ingin membuang air besar..tp dihalang oleh nurse kerana itu adalah contraction bersalin...kesakitan yang keterlaluan...kakiku menggigil dan tetiba darah mengalir dari bawah, sedarlah aku bahawa waktunya telah tiba..pertama kali merasa kesakitan itu dalam hidupku...bertarung nyawa sebagaimana ibu-ibu lain...berjihad utk melahirkan khalifah kecil tp keadaan ku berbeza, aku  bertarung nyawa melahirkan babyku dalam keadaan tidak bernyawa lagi...

Aku memohon doktor untuk memeriksa bukaan VE lagi, waktu itu bukaan hanya 3 cm, doktor mengatakan ianya akan mengambil masa lagi 7 jam sebelum aku  bersalin,

1.30 pagi 

selepas 5 min doktor membuat pemeriksaan VE dan melenggang kangkung ke tingkat bawah, aku mula berpeluh...aku dah dapat merasakan aku harus meneran..aku mula memanggil2 nurse dan menjerit meminta tolong...akhirnya aku merasakan sesuatu yang keras di pintu rahim , dengan sekali teran aku berjaya melahirkan anak aku, tepat jam 1.35am.... hilang segala kesakitan yang aku tanggung selama 12 jam tadi..hilang bersama dengan kelahiran baby ku...

Perasaan ku??? indah....bahagia kerana Allah izinkan aku merasai pengalaman dan kesakitan seorang ibu...sayu kerana tiada tangisan bayi yang kedengaran...

Arwah babyku masih didalam kantung dan darah memenuhi katil wadku...doktor dan nurse berlari2 ke arahku dan terus menolak katilku ke Labour Room, sambil aku terus call suami untuk datang mengambil jenazah baby kami...Di LR, nurse mengambil baby ku untuk dibersihkan dan doktor memaklumkan kepada aku yang bayiku lahir di dalam kantung bersama dengan uri, selesai kelahiran itu dan darah masih lagi keluar dengan banyak....semasa doktor mencuci bahagian pintu rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal aku memohon untuk melihat bayiku..

Aku lihat doktor dengan berat hati ingin memberikan jenazah babyku, mungkin bimbang aku akan meraung atau tidak dapat menerima kenyataan,tapi kerana Allah telah meniupkan keikhlasan dan kesabaran dalam diriku,aku tenang dan berjanji akan menerima dengan hati terbuka..

Pada waktu yang sama terdapat dua ibu lain sedang bertarung nyawa melahirkan khalifah masing2 di LR sebelah dan tangisan bayi mula memecahkan suasana..sayu...sedih dan pilu....Doktor datang membawa jenazah babyku yang ditutup kain biru...Allahu...saat aku menatap wajah tenang babyku...agak besar dan sempurna tubuh badannya...its a girl....Ye seorang baby perempuan..dambaanku...sayu..pilu tp aku tidak mengalirkan sedikitpun airmata..aku bahagia kerana Humaira kini ade didalam pelukkan ku..kaku tp wangi...wangian syurga itu sgt mendamaikan perasaan keibuan ku..terima kasih sayang kerana hadir sebentar di dlm rahim ummi...memberikan aku gelaran seorang ummi...melengkapkan jiwa keibuanku...aku peluk cium dan membelek2 jenazah Humaira...nama Annur Humaira terus aku berikan kepada baby syurgaku..nama yang dipilih aku dan suami bermaksud  cahaya kemerah-merahan...(nama gelaran isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah)

Doktor dan para2 nurse yang lain hanya memandang dengan air mata bergenang saat aku memeluk dan mencium Humaira sehingga doktor meminta semua keluar dr bilik LR itu bagi memberikan waktu untuk aku bersama dengan baby Humairaku....

Humaira dalam pelukkan ummi, jasadnya seberat 485 gm..lengkap sempurna...mempunyai rambut2 halus...jari tangan yang mungil dan lengkap aku lekapkan di tanganku...comel wajah ini walaupun sudah sedikit kecut kerana telahpun meninggal 3 hari didalam rahimku...tenang raut wajahnya...raut wajah yang kini menghuni syurga...menanti kedua ummi dan ayahnya...Aamiin...comel wajahnya dengan bibir yang nipis dan hidung yang comel...menurut suami, Humaira mempunyai raut wajahku...putih kemerahan anakku...

Puas, dpt menatap dan memeluk baby Humaira, lambang cinta dari benih suami ku yang aku cintai...ini rupanya anak ummi yang aktif sejak dalam perut...Annur Humaira anak sulung ummi dan ayah...tak sempat merasai air susu ummi...tak sempat merasai hangatnya kasih seorang ayah...

Puas kerana dpt merasai kesakitan dan kenikmatan seorang ibu...puas kerana Allah memakbulkan doaku supaya dikurniakan anak yang solehah...kemudian realitinya tiba...aku telahpun kehilangan anak yang aku kandungkan selama 25 minggu...anak yang telah sebati dengan diriku...yang aku tunggu kehadirannya menghuni rahimku....Allah....berat ujian mu...2014 aku kehilangan kakak tersayang....2015 aku kehilangan anak yang dicintai dan ditunggu2....aku dipilih melalui ujian ini....

Akan aku simpan kenangan ini sehingga akhir hayatku, Annur Humaira, zuriat pertamaku yang menghuni rahim ini...cinta hatiku yang pertama...baby pertama yang sentiasa membahagiakan aku sejak kehadirannya...ummi memohon penggantimu sayang...moga Allah mengurniakan zuriat lain adik2 mu kelak sebagai pengganti dirimu...tp kamu tetap buah hati pertama ummi dan ayah...lambang kasih sejati ummi...anak yang memberikan gelaran ummi terhadap ku....Terima kasih syg atas kasih sayangmu...

kisah selanjutnya akan aku coretkan di entry akan dtg..mungkin part yang terakhir sebelum jenazah anak ummi disemadikan....

Doktor mengambil semula jenazah anakku dan meletakkan di kati bayi sebelahku..aku tertidur smbil menunggu suami ku datang...
Setengah jam kemudian suami ku dtg dan aku terus memeluknya dan mengalirkan air mata...terasa bersalah kerana gagal memberikan zuriatku yang hidup kepada suamiku yang sgt mengharapkan anak kami, suami memeluk dan memujukku smbil menenangkan aku bahawa Allah menyayangi puteri kami....masa yang ada aku habiskan bersama suami menatap dan bersama dgn baby Humaira...aku lihat wajah suamiku tenang dan terharu menatap dan memeluk baby Humaira....abang...saya terlalu cintakan abg dan Humaira...maafkan kekurangan diri ini....menunggu hari esok ibu dan abah ku sampai...aku nak menangis puas2...

Ummi tak akan remove pregnancy apps di atas...ummi loves u Humaira....

p/s - aku tak dapat berkongsi gambar jasad arwah Humaira disini kerana menghormati jenazah anakku..biarlah ia menjadi kenangan di dalam lipatan hidupku...

















No comments:

try

click tau