Assalamualaikum dan salam hormat...
Sape yang tertinggal kisah ini boleh klik di bawah...
------> PART 1
------> PART 2
Sape yang tertinggal kisah ini boleh klik di bawah...
------> PART 1
------> PART 2
Ni adelah part akhir utk kisah wildan syurgaku...kisah yang akan aku abadikan di dalam hatiku seumur hidup aku....ini tak bermakna aku akan melupakan puteri wildanku..tapi ini adelah part akhir utk episode ini...aku akan tetap mencoretkan kisah wildanku andai aku ingini...kannnn
Lebih kurang jam 3.30 pagi selepas kelahiran Humaira, suami dan adik aku pun bawa pulang baby Humaira ke rumah untuk proses seterusnya....
5 Nov 2015
Suami dah pun selamat menguruskan jenazah baby Humaira di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam...semuanya selesai pada jam 10 pagi..termasuk memandikan jenazah...kapan dan solat...aku masih terlantar lemah kat katil di wad dan menerima panggilan dari suami untuk maklumkan mengenai semua proses sehingga akhir...Alhamdulillah.....Mak dan abah aku pun dah smpai dan aku boleh discharge dari wad selepas jam 5 petang....
Pantang
Hari ini hari ke 11 aku berpantang sendiri di rumah dengan dijaga oleh mak..abah..suami dan sebelum itu mak mertuaku sekali (skrg dah balik ke Pilah)
Berpantang tanpa baby Humaira...emosi aku agak kurang stabil tapi Alhamdulillah suami dan keluarga banyak menyokong dalam usaha memulihkan emosi dan kesihatan aku...cuma saat ini aku rasa kosong..jjiwa aku kosong..dan aku sangat merindui saat aku melahirkan Humaira...memeluk jasadnya yang kaku...mencium wajah dan harumannya...Ummi terlalu merinduimu sayang....Demi Allah ummi merinduimu....
Hari kedua berpantang aku dah mula mengalami bengkak susu, walaupun dah ambil ubat stop penghasilan susu tapi sampai ke hari ini aku masih berhati2 dalam pengambilan makanan kerana jika tersilap makan yang boleh menghasilkan susu, ianya akan bengkak semula dan aku terpaksa menanggung kesakitan..Alhamdulillah sekarang dah berkurangan....
Sementelah itu, aku mengambil tukang urut yang agak pandai dalam mengurut untuk membantu pengeluaran susu yang membengkak... dan aku berpantang dengan produk Nona Roguy..( itu nnti aku wat entry lain)
Bukan rezeki anak Ummi untuk merasai kemeriahan susu ummi....ada rakan dan saudara yang offer untuk aku menjdi ibu susuan kepada bayi mereka kerana kekurangan susu badan, tapi ntah la aku menolak kerana nak menghentikan penghasilan susu buat masa ini...lagipun aku agak beremosi bila melihat baby2 lain....
Menangis? ye adakala aku menangis utk meluahkan kesedihan....aku redha...ikhlas akan pemergian wildan puteriku...tapi aku harus menangis demi meluahkan perasaan sedih dan rinduku....suami banyak membantu dalam memulihkan emosi aku dan setiap hari tanpa jemu memandikan aku...menyediakan jamu...membengkung dan lain2 lagi untuk aku, dibantu oleh emakku dan abah ku dalam penyediaan makanan dan pengurusan rumah...terima kasih suamiku....terima kasih ibu dan abah..terima kasih adikku yang sanggup terbang balik dari Sabah....
Aku memohon Allah memberikan ketabahan diri..keikhlasan hati dan tabah mengharungi waktu berpantang dan waktu2 seterusnya....juga aku memohon Allah menggantikan arwah puteriku kerana naluri keibuan ku tersangat membuak2...Aamiin.....
Aku sedar ramai ibu2 diluar sana mengalami perkara yang sama dengan aku dan aku yakin mereka juga dpt menyelami perasaan aku...aku dan suami...juga insan terpilih....kini aku bangga...aku seorang ibu walaupun puteriku tiada disisi..tetapi sedang berbahagia di syurga.......
p/s - aku suka mencoretkan kisah duka dan indah ini disini dan aku tau ade yang tak suka jika aku menzahirkan perasaan aku di Facebook selalu....untuk makluman semua....please respect my lost..and ignoring me if you annoyed....hanya Allah yang memahami jiwa ini....
1 comment:
Salam perkenalan...
Saya terjumpa blog Ummi ni sewaktu sedang cari blog berkaitan TTC.
Kita mempunyai pengalaman yang sama. Bidadara syurga saya pergi sewaktu 24 minggu dalam kandungan. Telah tiga tahun berlalu namun kerinduan tetap ada. Semoga kita terus redha dengan ujian yang Esa.
Jemputlah ke blog saya jika ada kelapangan.
Post a Comment