Hari ini 15 Februari 2015....
Semalam 12 Februari 2015 jam 21.40 malam perginya mengadap Ilahi seorang Ulama yang tersohor dan disegani disetiap lapisan masyarakat di Malaysia khususnya dan dikenali serata dunia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...
Saat aku terima berita itu dari salah seorang jiranku Encik Zul (Former Staff TV3) yang tgh lepak depan kedai dgn suami aku, perasaan aku tetiba rasa sayu dan tak percaya (denial syndrome)..tapi bila berita Awani mengesahkan berita itu hatiku automatik digayut rasa pilu dengan tak semena mena, bukannya aku pernah jumpa face to face dgn beliau, tapi perasaan ssh aku nak gambarkan...
Bilamana aku tgk liputan berita Awani tiba2 air mata mengalir....sedih dan sayu kerana perginya seprang pemimpin dan Ulama tersohor yang memperjuangkan Islam di bumi Malaysia ini..sedih Ya Allah saat melihat wajah beliau di kaca TV...saat ni cuma terbayang kesedihan dan kasih saynag Allah terhadap beliau...perginya Alhamdulillah Khusnul Khotimah....pada malam Jumaat yang penuh berkah...Allah bertuahnya beliau....
Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Dan semua telah maklum....Ilmu akan ditarik dari dunia ini dengan kematian Ulama2...wallahuallam...
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ؛ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً،
فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ‘ulama. Kalau Allah tidak lagi menyisakan seorang ‘ulama pun, maka manusia akan menjadikan pimpinan-pimpinan yang bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]
Mood masih dalam keadaan sedih...walaupun perbezaan politik tidak bermakna kita harus membenci ulama seperti segelintir manusia yang gembira dgn kematian beliau sedangkan kita disajikan dengan kematian beliau dengan cara yang Husnul Khatimah..Moga pergiku dan seluruh ahli keluarga an rakan2 ku dalam Husnul Khatimah...Amin....
Moga Allah tempatkan beliau di kalangan org2 yang dikasihiNya...Amin....